Friday, August 14, 2009

Aku Rindukan Wad 7 Selatan~~~

Jam di dinding menujukkan jam 9.58 malam…kipas2 di dinding masih lagi berputar dan berpusing pada paksinya tanpa henti…menyebabkan penghadang kain langsir biru yg menutupi setiap katil setiap pesakit berayun-ayun..hujan di luar sana masih belum berhenti…angin sejuk hujan mula memasuki tingkap2…malam ini kurasakan sungguh sejuk…para2 ‘suster’ masih lagi kelihatan berulang alik menjalankan tugas hariannya..x kurang jg doctor yg datang di setiap katil utk memeriksa keadaan pesakit…tanpa jemu..

Uhuk uhuk uhuk…bunyi batuk ayahku kedengaran lagi..ku merenung wajah seorang lelaki yg terbaring di hadapanku..memerhatikan dan mengira rambut hitam yg tinggal di kepalanya..hampir dimonopoli oleh rambut putih..ku perhatikan lingkaran di sekitar matanya..hampir brkedut..matanya pula tertutup rapat kerana tidur…mungkin keletihan..sesekali batuk2 kedengaran…ku gosok dan urut dadanya…kesian ayahku…stiap kali batuk mesti dadanya pedih…uhuk uhuk uhuk…ayahku batuk lagi..sesekali menarik nafas panjang kerana tercungap2 batuk dan sesak nafas…air mata jernih ini mengalir lagi..tidak sanggup melihat ayahku berkeadaan begini..air mukanya mempamerkan keletihan dan kelesuan..dlm hatiku berbisik Ya Allah…sembuhkan lah ayahku…berikanlah die kesihatan yg sempurna utk mengerjakan amal ibadat kpd Mu dan jua utk die menjalankan tugas harianya dgn baik…Ya Allah..aku amat mmerlukan ayahku utk menghabiskan pengajian selama dua tahun lg..dialah segalanya bagiku..tulang belakangku..dan nadi utk ku bersemangat dalam menimba ilmu…pernah jua seketika hati ini terasa begitu tertekan dan letih di alam pembelajaran..namun dgn kata2 nya aku bangkit semula…seketika…ku seka air mataku…

Ku lihat jam di tanganku menunjukkan 10.30makam..Tiba2 hidung ini tertusuk bau minyak angin..ku toleh sebelah…kelihatan sorang wanita lingkungan 40-an duduk di kerusi bersebelahan katil di mana terbaring suaminya…tangannya sedang mengurut-urut kaki suaminya yang bengkak…kaki suaminya menjadi bengkak saban hari demi hari…hanya boleh berjalan dgn kerusi roda…doctor kata saluran darah tersumbat dan ada kuman..kagum diriku melihat akan kesetiaan isterinya ini..setia menunggu dan menjaga suaminya dari malam ke pagi..dr pagi ke malam tanpa jemu…kdg2 aku terfikir..seandainya isterinya yg ditimpa sakit sedemikian..mampukah suaminya berjaga siang dn malam menunggu isterinya sebgaimana yg dilakukan isterinya terhadapnya seperti skrg???…mungkin tidak semua suami akn melakukan perkara yg sama…inilah yg dikatakan kasih isteri membawa ke mati…dalam hati ku…Ya Allah sembuhkan lah suaminya …

Kulihat katil sebelah kanan ayahku..kelihatan seorang lelaki tua sedang tidur berselimut putih…selimut yg disediakan oleh hospital…mulutnya sedikit ternganga…..pakcik ini menghidap kencing manis yg kronik…sesekali tangan nya menggosok gosok lutut kirinya…iya…hanya boleh menggosok ‘sehingga’ lutut shj.. mugkin agak sedang menahan kesakitan dan kepedihan …kaki kirinya telah dipotong dari kaki hingga ke lutut.. sayu ku lihat wajahnya…dalam hatiku…duhai pakcik..kemanakah arah tujumu selepas keluar dari hospital ini..dengan berkaki satu dan bertongkat mungkin perjalanan hidupmu akn menjadi sukar…namun …tabah kan hatimu wahai pakcik…

Keadaan ruang wad 7 Selatan menjadi gelap..jururawat telah menutup lampu…ohhh patutla sudah pukul 11.30 malam…namun mataku masih blum mengantuk… jari ini masih ingin menaip di atas laptop ini…tutt tutt..tibe2 handset ku berbunyi…ku ambil nset..ada mesej…’farah camane ayah ko?da ok blum?sabar byk2 ye farah…every cloud has a silver lining (stiap apa yg blaku ada hikmah d sebaliknya…)doa byk2..’itulah lebih kurang mesej yg ku dpt…tak kurang jg msj kawan2 yg meminta spy sembahyang hajat spy ayah ku cepat sembuh..kemudian ku menyambung blog ini…tutt tutt..nset ku berbunyi lg..kali ni kawan ku yg utara plak…”farah..hang kt sepital lg ke?camane ayah hang?farah..jaga ayah hang leklok tau..”ada jg ku terima bbrp panggilan telefon dr kawan2 yg bertanyakan keadaan ayahku..terima kasih wahai sahabatku krn mengambil berat…tibe2 hati ini terdetik..mesej yg ku terima yg btanyakan khabar ayahku ini sumenye dr kawan2 ku yg ‘jauh’…mana perginya kawan2 ku yg sentiasa ‘dekat’ dgn ku..mengapakah tiada pun msj yg brtanyakan khabar ayahku…sibuk sgt kah smp langsung tak ambil tahu..huhu..takpe takpe mungkin sibuk sgt kot..aku cube “husnu zonn”(think positif) wlpn hati ini ada sedikit terkilan..sedikit... Cuma…

Keesokan paginya…seperti biasa ku tolak ayahku ke bilik air dengan kerusi roda..apabila mlalui katil 13…tengok2 katil ini sudah kosong..eh kemana perginya pakcik yang menghuni katil nii?hatiku berdetik..biasanya apabila melalui katil ini utk ke bilik air pakcik ini akan menyapa dan menegur ayahku…’tok ime..nk g mana tu?ehh..nampak segar tok ime hari nii??ghano arini tekanan darah brape??’itu antara soalan nyg sering d ajukan kpd ayah ku pabila melintasi katilnya…tapi kali nii tbe2 katil nye kosong..ku hairan…tbe2 seorang suster(nurse) lalu..lalu ayahku Tanya “nurse mana pergi tuan katil nii??’…”ohh die da kuar wad da pagi tadi” jawab nurse tersebut..ayah ku terdiam..aku mengerti ape yg terdetik di dalam hati ayahku..die sedih sebenarnya…kerana seorang demi seorang kawannya yg sentiasa berbual2 dgnya di wad telah dapat keluar wad…huhu…mungkin juga sedang berfikir entah bila la die dapat keluar dr wad ini.. sesudah menunggu ayahke d bilik air ku tolak kerusi roda ayahku menuju ke katilnya..ku lewati katil yg bernombor 13 itu…tidak berpenghuni…sayu rasa hati ini..biasanya pasti aku akan terhenti di katil ini…

….bersambung….

-->

No comments: